okay kepada budak PERASAN ! aku andd syiba bukan usha hang lahhh maybe tu secara kebetulan atau tak sengaja , please lhaa jangan nak perasan sangat tak suka ! memang lhaa hang hensem cute tinggi putih tapi aku andd syiba tak buang masa nak usha hang ! apa kes nak main ushaII baik tegur terus ,, yang hairannya kenapa hang tengok aku andd syiba sambil "cakap" sesuatu ? kami pon ada perasaan so kami boleh tau tak habaq pon kami tau lhaaa :P andd kenapa tetiba hang p tunggu depan tangga padahal hang suka makan dekat kantin ! wawa cakap hang tengok kami tengok dan tengok apa ni weyy tak suka lahhh .. jangan nak belagak hensem sangat !
single is simple < anisya_disember97
Thursday, 11 April 2013
kenapa nak PERASAN !
Assalamualaikum ! lama sungguh anisya tak update blog nih. rindu pulak nak update asyik fokuskan dekat FACEBOOK ANDD TWITTER ja kesian pulak dekat BLOG cantik ni ! kebetulan ada cerita yang dah buadd anisya BADMOOD and tak bermaya nak buadd keja especially HOMEWORK ! halamak ! kenapa ! kenapa ! kenapa !
Friday, 1 February 2013
Bilalah Kau Nak Berubah , acewah :( DR ANISYA BT ABDUL MALEK
Assalamualaikum :)
serius sikit hari ni hoho ..... entri kali ni nisya nak cerita sikit pasal nisya yang kadangII malas belajar hurm bilalah nak berubah niii DOKTOR_DOKTOR ....
cita-cita nisya nak jadi DOKTOR tapi nisya malas nak belajar macam mana nak tercapai ? nisya seronok tengok DOKTOR kalau nisya pergi hospital rasa happy ja tengok dorang pakai baju DOKTOR terpikir dalam fikiran , berangan adakah nisya akan tergolong dalam orang yang bergelar DOKTOR . In SHaa ALlah ... Allah maha mengetahui apa niat kita kann ? apa yang membuatkan nisya nak sangat jadi DOKTOR adalah sebab nisya nak bantu orang yang sakit .. nisya tak boleh tengok orang sakit sebab nanti nisya akan termenung jauh memikirkan kesakitan yang dialami oleh mereka , sakit hati tengok depa nangis kesakitan macam mana kalau benda tu terjadi dekat nisya ALLAHUAKHBAR hanya Allah yang tahu perasaan nisya waktu tu dah cukup dengan dugaan ALlah bagi dekat nisya waktu accident hari 2 .. Alhamdulilaah tak seteruk mana .. sekarang nisya hanya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian nisya cita-cita nisya yang ingin menjadi seorang DOKTOR . IN SHAA ALLAH amin sebab nisya dah ditempatkan dalam aliran sains so nak jadi DOKTOR mesti terer saubjekII aliran sains kan ? Alhamdulillah buat masa ni nisya hanya perlu fokus ! Fizik & Matematik Tambahan nisya tak boleh kuasai buat masa sekarang sebab nisya tak hadir sekolah waktu accident /...
ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu ini , tabahkanlah hati hamba sewaktu menerima cubaan dan dugaan mu ya Allah ..
yes berubah untuk kebaikan , nak jugak bagi airmata seorang ibu dan ayah nisya ni keluar kerana kejayaan anaknya :)
serius sikit hari ni hoho ..... entri kali ni nisya nak cerita sikit pasal nisya yang kadangII malas belajar hurm bilalah nak berubah niii DOKTOR_DOKTOR ....
cita-cita nisya nak jadi DOKTOR tapi nisya malas nak belajar macam mana nak tercapai ? nisya seronok tengok DOKTOR kalau nisya pergi hospital rasa happy ja tengok dorang pakai baju DOKTOR terpikir dalam fikiran , berangan adakah nisya akan tergolong dalam orang yang bergelar DOKTOR . In SHaa ALlah ... Allah maha mengetahui apa niat kita kann ? apa yang membuatkan nisya nak sangat jadi DOKTOR adalah sebab nisya nak bantu orang yang sakit .. nisya tak boleh tengok orang sakit sebab nanti nisya akan termenung jauh memikirkan kesakitan yang dialami oleh mereka , sakit hati tengok depa nangis kesakitan macam mana kalau benda tu terjadi dekat nisya ALLAHUAKHBAR hanya Allah yang tahu perasaan nisya waktu tu dah cukup dengan dugaan ALlah bagi dekat nisya waktu accident hari 2 .. Alhamdulilaah tak seteruk mana .. sekarang nisya hanya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian nisya cita-cita nisya yang ingin menjadi seorang DOKTOR . IN SHAA ALLAH amin sebab nisya dah ditempatkan dalam aliran sains so nak jadi DOKTOR mesti terer saubjekII aliran sains kan ? Alhamdulillah buat masa ni nisya hanya perlu fokus ! Fizik & Matematik Tambahan nisya tak boleh kuasai buat masa sekarang sebab nisya tak hadir sekolah waktu accident /...
ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu ini , tabahkanlah hati hamba sewaktu menerima cubaan dan dugaan mu ya Allah ..
yes berubah untuk kebaikan , nak jugak bagi airmata seorang ibu dan ayah nisya ni keluar kerana kejayaan anaknya :)
Macam-macam MAnusia Zaman Sekarang
Assalamualaikum :) tak jawab dosa nahh HEHE < jawab dalam hati >
ikhlas ! okay-okay tak mau nak basi-basi - acewah -;) entry kali ni nisya nak
bahaskan pasal kawan-kawan dekat sekolah haishh macam - macam jenis laa pening
dibuatnya haaa , bila dah naik alam remaja ni semuanya dah berubah kan ? tapi
waktu nisya form 3 okay jaa bila dah melangkah form 4 ni macam-macam yang jadi
perangai pon dah berubah maklumlah manusia ni cepat sangat berubah ha kan HAHA
form 4 kerja sekolah banyak ! andd susah memang mencabar - tapi bagi kelas
sains ja la - kelas sastera & PD nisya taktauu tapi disebabkan nisya kelas
ambik aliran sains so taktau la sangat pasal aliran PD & sastera ni kan ,
bagi nisya sama ja cabaran tu cuma subjek ja yang lain . Kelas sains memang kema
mahir matematik dan Alhamdulillah IN Shaa Allah nisya boleh .. dekat kelas
daripada tahun lepas pelajar ada 35 dah turun jadi 23 orang yang kesiannya
lelaki cuma 5orang alahaii zaman sekarang memang kekurangan lelaki kan ? okay
bila dah kelas sains ada 10 subjek yang nisya ambik BAHASA MELAYU , B.INGGERIS
, MATEMATIK , MATEMATIK TAMBAHAN , KIMIA , FIZIK , BIOLOGI , PENDIDIKAN ISLAM
& PRINSIP AKAUN . ha semua yang mencuci mata lahhh < bagi budak pandai
kacang ja tapi bagi orang yang sederhana macam nisya ni susah la >
entry nak cita pasal kawan last-last 1 habuk pon takdak haha senget sungguh .. okaylah berbalik kepada tajuk kawan dalam kelas nisya macam-macam ragamnya . yang senyap , yang bising , ntah bermacam jenis .. kalau nak senaraikan memang tak habis laaa kan ... nisya nak cita pasal kawan nisya yang sorang ni ... dia takmau sebut nama dia pandai-pandai pikir sendiri lahh ... dia ni dulu selalu buat nisya nangis , maklumlah dia ni pandai tapi sombong ! ha kan dah kena :P nisya ada bagi tau kawan sebelah meja nisya pasal dia ni nisya buatlah dekat nisya macam mana pon nisya kawan banyak dalam kelas bukan macam dia kawan dengan kawan sebelah jaa tak bermasyarakat langsung ! dulu boleh la dia buat macam tu dekat nisya tapi sekarang dia dah tak berani .. nisya buat balik macam mana dia buat dekat nisya tapi tak sekejam dia lahh nisya Cuma nak dia sedar apa yang dia buat tu sebenarnya salah tu ja kayy .. ! HOPE hang tak buat lagi nahh ..
entry nak cita pasal kawan last-last 1 habuk pon takdak haha senget sungguh .. okaylah berbalik kepada tajuk kawan dalam kelas nisya macam-macam ragamnya . yang senyap , yang bising , ntah bermacam jenis .. kalau nak senaraikan memang tak habis laaa kan ... nisya nak cita pasal kawan nisya yang sorang ni ... dia takmau sebut nama dia pandai-pandai pikir sendiri lahh ... dia ni dulu selalu buat nisya nangis , maklumlah dia ni pandai tapi sombong ! ha kan dah kena :P nisya ada bagi tau kawan sebelah meja nisya pasal dia ni nisya buatlah dekat nisya macam mana pon nisya kawan banyak dalam kelas bukan macam dia kawan dengan kawan sebelah jaa tak bermasyarakat langsung ! dulu boleh la dia buat macam tu dekat nisya tapi sekarang dia dah tak berani .. nisya buat balik macam mana dia buat dekat nisya tapi tak sekejam dia lahh nisya Cuma nak dia sedar apa yang dia buat tu sebenarnya salah tu ja kayy .. ! HOPE hang tak buat lagi nahh ..
Sekian
Anisya
Detik-Detik Terakhir SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu
kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita
memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
_____________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas
ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan
itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat
lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula
berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan
dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang.
Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera
diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa
makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun
tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah
tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa
semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia
tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami
ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya.
Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar
kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap
tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria
juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak
boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan
pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika
Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan
sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja.
Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan
perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup
atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan
dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air
terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2
melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria
berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke
siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama
BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar.
Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai
kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya
tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi
semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan
mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan
kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat
tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini
menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya
sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan
harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad
D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya
terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth.
Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA.
Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat
setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding
dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak
lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU
DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita
dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia
yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang
tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui
Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah
nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi
tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah
dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa
mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh
redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi
diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia
akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang
tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut
SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan,
kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk,
batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak
tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah.
Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera
bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan
menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran
kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi
masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam
menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan
kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan
membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas
selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi
bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami
memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara
tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar,
terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn
selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk
dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa
sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di
rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah
tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga
akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat
ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua
tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman
dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga.
Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri
apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin
kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup
diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya
akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira
melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja
tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh
kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak
kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh
sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut
kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan.
Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni
alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya.
Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu
dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia
senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit,
tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa
pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu
dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan
baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu
hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air
disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti
itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2
yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk
Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis.
“Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor
asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak
kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu,
tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar
rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha
mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung.
Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan
bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah.
Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana
muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan
lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat
yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh
solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat
sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun
tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca
Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg
terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah
ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik
kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan
kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila
reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah
tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak
bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah
rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan
computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya.
Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat
syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang
beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan
berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan
dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu
menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab
untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun
rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya
pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa .
Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak
ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2,
dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar
pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan
puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.
Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah,
senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak
boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui
muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa
kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah
menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan
hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan .
Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna.
Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar
arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada
Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang
membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke
perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan
dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu
diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa
ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak
bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut
pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..”
“memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun
diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2
membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat
dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia
dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh
saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok
apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila
dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya
membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia
berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan
jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh
nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang
kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh
keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk
pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak
katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya.
Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk
dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus.
Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat
jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu.
Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya
terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang
belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan
baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya
bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta
pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil
diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih
besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula.
Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk
ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu.
Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu
berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul
2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan
diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil
kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi
sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar
takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan
meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu,
satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan
dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah
berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu
cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah
yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil
keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang
benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil
untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh
selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA
TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami
iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak
membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah
apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak
saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin
pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu
seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak
mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus
dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi
akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan
menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi
meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2
diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap
wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat
kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak
kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia
dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang
lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah
meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan
kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap
anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan
limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal
alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu
ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan
lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau.
Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang
mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi
tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Thursday, 17 January 2013
minggu lepas nisya accident dengan jiran nisya , kami naik moto otw nak pegi sekolah Eh tetiba sampai dekat simpang ni ada la kereta ni tak nampak kami hurm naseb :( abang and adik nisya ada kat belakang waktu kami kena langgar dengan kereta ni depa cakap nisya melambung ? wow dahsyat lahh haha lawak pon ada hurm Alhamdulilah kami tak la teruk mana pon
Monday, 14 January 2013
RINDU :(
seriuss nisya cakap nisya still tak boleh nak lupakan dia , hurm macam mana ni dulu berazam nak lupakan dia malas nak kacau dia tapi ? bila tengok budak ni rasa bersemangat sangat tai kenapa bila ternampak budak lagi sorang ni nisya macam dekat ja dengan dia .. ish tak paham la harapII seuatu hari nanti nisya dapat lupakan budak comel ni eaa bye !
Subscribe to:
Posts (Atom)